Skip to main content

π—£π—šπ—‘, 𝗑π—₯π—˜π—–π—– π—¦π—˜π—•π—”π—šπ—”π—œ π—£π—”π—‘π—˜π—Ÿ π——π—œ 𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 𝗬𝗒𝗨𝗧𝗛 π—œπ—‘π—‘π—’π—©π—”π—§π—œπ—’π—‘ 𝗙𝗒π—₯ π——π—œπ—¦π—”π—¦π—§π—˜π—₯ π—₯π—œπ—¦π—ž π—₯π—˜π——π—¨π—–π—§π—œπ—’π—‘ (𝗗π—₯π—₯)

4 Mac 2023 | De Palma Hotel, Shah Alam

Dr. Syaifulnizam bin Abd Manaf, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Geodata dan Penyelidikan telah mewakili PGN, NRECC di program ini untuk mengulas lanjut topik berkaitan pembangunan data geospatial di Malaysia.

Program yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM), U-INSPIRE Malaysia dan UNICEF Malaysia ini telah menghimpunkan belia dan profesional muda sebagai inisiatif pengurusan risiko bencana di Malaysia.

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŽπ‹π„π‡ π‚πŽπ‘ππŽπ‘π€π“π„ π€πƒπ•πˆπ’πŽπ‘/π‚π‡πˆπ„π… π„π—π„π‚π”π“πˆπ•π„ πŽπ…π…πˆπ‚π„π‘ (π‚π„πŽ) πŒπ„ππ“π„π‘πˆ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 πˆππ‚πŽπ‘ππŽπ‘π€π“π„πƒ (𝐌𝐁𝐈) 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Mazli Zakuan bin Mohd Noor, Corporate Advisor/Chief Executive Officer (CEO) Menteri Besar Incorporated (MBI) Terengganu.

Kunjungan hormat ini adalah sebagai pendedahan berkenaan peranan PGN, NRECC sebagai penyelaras Program MyGDI serta kolaboratif yang boleh dijalinkan antara kedua-dua pihak.

PAMERAN BAGI PERSIDANGAN PENTADBIRAN TANAH SEMPENA SAMBUTAN HARI TANAH NEGARA KE-6 TAHUN 2022 (EN)

Pada 1 Ogos 2022, Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah menyertai pameran bagi Persidangan Pentadbiran Tanah sempena Sambutan Hari Tanah Negara Ke-6 Tahun 2022. Persidangan yang melibatkan semua pentadbir tanah di Semenanjung Malaysia ini telah melibatkan sebanyak 12 reruai pameran daripada agensi dan jabatan berkaitan termasuk PGN.

PROGRAM DIGITAL & GIS KeTSA 2022

Program Digital & GIS KeTSA 2022 telah berjaya dianjurkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) secara bersama oleh Pusat Geospatial Negara dan Bahagian Pengurusan Maklumat pada 26 Julai 2022 bertempat di Dewan Baiduri, KeTSA. Program ini merekodkan kehadiran seramai 389 orang yang terdiri daripada warga KeTSA, Jabatan serta Agensi di bawah KeTSA.

 

KURSUS REFRESHER SISTEM INFRASTRUKTUR DATA GEOSPATIAL NEGARA (MYGDI) KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI BAGI PENGISIAN DATA TANAH WAKAF DI SELURUH NEGARA

KURSUS REFRESHER SISTEM INFRASTRUKTUR DATA GEOSPATIAL NEGARA (MYGDI) KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI BAGI PENGISIAN DATA TANAH WAKAF DI SELURUH NEGARA

Tarikh : 21 Jun 2022 (Selasa)

Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Tempat : Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR),Presint 3, Putrajaya

BENGKEL KEPERLUAN PENGGUNA - PENAMBAHBAIKAN APLIKASI DATA SITE INVESTIGATION (SI) FASA 2

Tarikh: 17-18 Mei 2022

(Selasa & Rabu)

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Bilik Seminar, Tingkat 26, Menara PJD, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

Bengkel Keperluan Pengguna yang bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai di CKG berkaitan aplikasi data SI yang digunapakai. Selain itu ia juga menjadi suatu platform dalam menyumbang idea bagi menambahbaik sistem aplikasi sedia ada.

AGENSI KERAJAAN BOLEH MEMOHON PERKHIDMATAN MyGOS MELALUI SISTEM PERMOHONAN DAN PEMANTAUAN PROJEK (SPP) MyGOS

Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) bertujuan memudahkan agensi kerajaan membangunkan aplikasi web GIS dan berkongsi maklumat geospatial secara dalam talian.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2013, PGN telah berjaya berkolaborasi dengan pelbagai agensi kerajaan melalui MyGOS bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

SPP MyGOS kini telah sedia untuk agensi kerajaan membuat permohonan menggunakan perkhidmatan MyGOS.