GIS9
GIS9 adalah nama singkatan bagi sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan yang mengandungi data-data Geospatial. GIS9 boleh memaparkan maklumat dalam pelbagai bentuk melalui ‘attribute table’ bagi keseluruhan kawasan Negeri Sembilan.
Access Application
GIS9 yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan adalah khusus bagi membantu proses membuat keputusan dan perancangan dengan berdasarkan fungsi dan keperluan kepada jabatan-jabatan Kerajaan di Negeri Sembilan.
Aplikasi Peta GIS9 versi 2.0 membolehkan pengguna untuk membuat Carian Lokasi dan Menjana Laporan/Analisis bagi empat (4) modul seperti: i. Kebajikan & Sosial ii. Kemudahan Masyarakat – Pendidikan iii. Perancangan Dan Pembangunan iv. Carian Tanah