Geo Johor
GeoJohor merupakan satu aplikasi Portal Guna Tanah (Landuse Portal) Negeri Johor yang dibangunkan oleh PLAN Malaysia@Johor. Aplikasi ini mengandungi Pangkalan Data Spatial berasaskan Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang menghimpunkan sumber data dari pelbagai jabatan/agensi di Negeri Johor.
Access Application
Aplikasi ini merupakan pusat sehenti (One Stop Center) - Pangkalan Data Spatial untuk rujukan pelbagai pihak sama ada disektor awam, swasta dan akademik. Ia juga dibangunkan selaras dengan Pelan Induk ICT Negeri Johor bagi meningkatkan sistem capaian maklumat kepada orang awam khususnya berkaitan perancangan guna tanah dan sekaligus dapat membudayakan ICT dalam urusan pentadbiran kerajaan.