Skip to main content
 
 
Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) merupakan bank data yang menyimpan nama, lokasi, sejarah dan entiti nama geografi yang telah disahkan dalam format yang tekal untuk kegunaan rasmi kerajaan dan awam.
 
Pembangunan PDNG adalah menggunakan data yang diperolehi dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Pusat Hidrografi Nasional (PHN) Seterusnya, nama geografi tersebut akan disahkan oleh pihak Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum dimuat naik ke dalam PDNG.
mygeonameimej1
frontmygeoname

Aplikasi MyGeoName

 

MyGeoName merupakan aplikasi yang memaparkan nama-nama geografi, lokasi, sejarah dan gazetir negeri yang terdapat di dalam PDNG. Aplikasi ini juga mempunyai ejaan jawi bagi nama geografi dan modul audio yang mengandungi sebutan nama geografi dalam bahasa melayu rasmi dan dialek tempatan.

 

Garis Panduan Penentuan Nama Geografi

 

Terdapat 2 garis panduan yang digunakan iaitu Garis Panduan Penentuan Nama Geografi dan Malaysian Standard MS 2256: 2009 Geographic Information-Guidelines for the Determination of Geographical Names.

Garis Panduan Penentuan Nama Geografi
garispanduanpdngmukadepan
rujukanpdng ms