Skip to main content

Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) memudahkan masyarakat untuk mencari, berkongsi dan menggunakan maklumat serta perkhidmatan geospatial. 

Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) merupakan inisiatif kerajaan untuk membangunkan infrastruktur data geospatial bagi meningkatkan kesedaran mengenai ketersediaan data dan meningkatkan akses kepada maklumat geospatial. Ini boleh dicapai melalui strategi perkongsian data geospatial secara pintar di kalangan agensi pembekal data yang terlibat. MyGDI, sebagai Infrastruktur Data Spatial Kebangsaan (NSDI) untuk Malaysia, merupakan infrastruktur data geospatial yang merangkumi dasar/polisi, standard, penyelidikan dan pembangunan teknologi serta kepakaran modal insan.

 
MyGDI menyediakan akses kepada maklumat geospatial, mengelakkan pertindihan usaha dalam pengumpulan data dan memastikan ketepatan, kekinian, kebolehpercayaan dan ketekalan data sedia ada untuk kegunaan analisis yang komprehensif dalam membantu pembuat keputusan menilai setiap tindakan atau keputusan yang dibuat. 

Matlamat pelaksanaan MyGDI

Menggalakkan komuniti geospatial di Malaysia berkongsi dan mengakses maklumat geospatial dengan mewujudkan perkongsian antara agensi kerajaan, akademia, awam dan swasta.
 over

FAEDAH MyGDI

MyGDI Benefit bm

 

OBJEKTIF MyGDI

objektif1 1

Menyediakan infrastruktur bagi memudahkan perkongsian perkhidmatan dan maklumat geospatial di kalangan agensi pembekal serta pengguna

objektif2 1

Menggalakkan penggunaan maklumat geospatial yang lebih meluas di peringkat kebangsaan

objektif3 1

Mempertingkatkan kesedaran terhadap nilai maklumat geospatial dan teknologi yang berkaitan

objektif4 1

Berkolaboratif ke arah pembangunan maklumat geospatial negara yang kukuh dan mampan

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN MyGDI

 

Pembangunan Geodata

Membangunkan Geospatial Data Centre (GDC) bagi dataset fundamental dan non fundamental yang mematuhi standard dan kualiti yang telah ditetapkan.

 

Melaksana penyelenggaraan dan pengemaskinian dataset GDC fundamental dan non fundamental bagi 12 kategori di peringkat agensi persekutuan dan negeri.

Perkhidmatan Geospatial

Memberi khidmat runding pembangunan aplikasi dan latihan penggunaan aplikasi Malaysian Geospatial Online Services (MyGOS).

 

Merancang dan mengurus strategik geospatial EA Negara.

 

Merancang dan membangunkan aplikasi geospatial.

Pembangunan Polisi dan Standard

Membangun dan menyelaras pembangunan standard dalam bidang maklumat geospatial di Malaysia.

 

Memberi khidmat runding dan penyelarasan latihan kepada agensi kerajaan serta pihak berkepentingan bagi pemakaian standard Malaysia dan Antarabangsa.

 

Menyelaras aktiviti pembangunan dan pengemaskinian polisi dan garis panduan untuk dijadikan rujukan di peringkat kebangsaan.

 

Infrastruktur ICT GIS

Mengurus perkongsian dan penyebaran data geospatial.

 

Merancang, membangun dan menyelenggara infrastruktur pusat data, komunikasi dan keselamatan ICT untuk perkhidmatan MyGDI.

 

Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal berkaitan pembangunan infrastruktur ICT GIS.

 

Outreach

Mengurus dan melaksanakan aktiviti outreach kepada agensi dan orang awam di pelbagai peringkat untuk memberi kesedaran mengenai aktiviti geospatial di bawah Program MyGDI.

 

Menyelaras program-program promosi outreach dengan mengunakan pelbagai media dan platform.

Penyelidikan dan Pembangunan

Menyelaras penyelidikan & pembangunan (R&D) berkaitan teknologi geospatial dan menjalankan kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk sektor kerajaan dan swasta, institusi penyelidikan dan akademia.

 

Merancang dan menyelaras aktiviti kolaborasi penyelidikan & pembangunan (R&D) berkaitan teknologi geospatial untuk dikongsi dan disumbangkan kepada pembangunan maklumat geospatial.