Skip to main content
  • Apakah prosedur permohonan untuk mengadakan lawatan ke Pusat Geospatial Negara?

    Permohonan untuk mengadakan lawatan ke PGN hendaklah dikemukakan melalui surat rasmi kepada :

    Pengarah

    • Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Aras 7 & 8, Wisma Sumber Asli No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62574 Putrajaya, MALAYSIA.
    • Sila sertakan bersama objektif, bilangan delegasi, senarai nama delegasi (jika ada) serta cadangan tarikh/masa lawatan.

  • Apakah sumber rujukan bagi penamaan sempadan pentadbiran tanah di dalam aplikasi UPI?

    • Sumber rujukan nama sempadan pentadbiran tanah adalah berdasarkan Warta Negeri (JUPEM Negeri) dan Pejabat Tanah & Galian (PTG Negeri).

  • Apakah tahap ketersediaan capaian perkhidmatan aplikasi GIS?

    • TSecara purata capaian perkhidmatan aplikasi GIS adalah 97%.

  • Bagaimana Aplikasi MyGeoMap memberi manfaat kepada orang awam?

    Aplikasi MyGeoMap merupakan aplikasi yang memaparkan maklumat geospatial agensi-agensi Kerajaan dan swasta kepada orang awam. Ia merupakan one stop center kepada pengguna awam untuk membuat carian pelbagai maklumat dan lokasi berkaitan premis Kerajaan. Aplikasi ini juga menyediakan fungsi crowdsource  yang membolehkan pengguna awam berkongsi maklumat mengenai banjir, klinik dan restoran. Selain dari itu, terdapat juga fungsi pandu arah yang memberikan maklumat laluan dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. MyGeoMap disediakan dan boleh dicapai pada bila-bila masa melalui aplikasi web dan mudah alih.

  • Bagaimana pengguna boleh mendapatkan maklumat berkenaan MS1759?

    • Pengguna boleh melayari Aplikasi MS1759 melalui pautan: http://ms1759.mygeoportal.gov.my/ms1759v3/index.php. Selain itu pengguna juga boleh membeli dokumen Malaysian Standard MS1759:2015, Geographic Information/Geomatics - Feature and Attribute Codes melalui Jabatan Standard Malaysia.

  • Bagaimana saya hendak menghubungi sekretariat lawatan untuk maklum balas dan pertanyaan lanjut?

    Segala maklum balas dan pertanyaan hendaklah dikemukakan kepada :

    Seksyen Polisi dan Outreach

    • Cawangan Pembangunan Polisi, Standard dan Outreach Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Aras 7 & 8, Wisma Sumber Asli No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62574 Putrajaya, MALAYSIA.
    • Tel : 03-8886 1209.
    • Fax : 03-8889 4851.

  • Bagaimana saya hendak menyumbang artikel atau menghubungi Sekretariat BGSA untuk maklum balas serta pertanyaan lanjut?

    Segala sumbangan artikel, maklum balas atau pertanyaan lanjut hendaklah dikemukakan kepada:

    • Sekretariat Buletin Geospatial Sektor Awam (BGSA) Pusat Geospatial Negara (PGN) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Aras 7 & 8, Wisma Sumber Asli No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62574 Putrajaya.
    • Tel : 03-8886 1209
    • Fax : 03-8889 4851
    • Emel : p&o@ketsa.gov.my

  • Bagaimana Untuk Memohon Data Geospatial di PGN?

    • Permohonan data Geospatial di PGN hendaklah dibuat oleh Ketua Jabatan melalui surat rasmi. Rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut.

  • Bagaimana Untuk Memohon Latihan Industri di PGN

    Prosedur memohon latihan industri di PGN;

     

      • Buat permohonan untuk menjalani latihan industri tersebut melalui Dekan Fakulti, Institusi Pengajian Tinggi Awam / Institusi Pengajian Tinggi Swasta
      • Sertakan salinan resume; dan

      • Hantar permohonan ke alamat di bawah:

     

    Undersecretary

    Bahagian Sumber Manusia

    Kementerian Tenaga dan Sumber Asli

    Aras 9, Wisma Sumber Asli

    25, Persiaran Perdana, Presint 4

    62574 PUTRAJAYA

    (attn. Mr Lo Yee Fan)

     

  • Bagaimana untuk mendapatkan salinan BGSA yang telah diterbitkan?

    • Semua BGSA yang telah diterbitkan boleh didapati secara dalam talian dan dimuat turun di MyGeoportal melalui pautan di PENERBITAN

  • Bagaimana untuk mendapatkan senarai data FGD?

    • Senarai data FGD boleh diperolehi melalui pautan berikut ; ( Pautan ke page FGD)

  • Bagaimana untuk mengakses data FGD?

    • Data FGD hanya boleh diakses oleh pengguna berdaftar dibawah program MyGDI sahaja melalui aplikasi MyGDI Data Services. Buat masa ini, perkongsian data FGD hanya dikalangan agensi kerajaan sahaja.

  • Bagaimanakah harga data geospatial dapat ditentukan melalui program MyGDI?

    • Harga data geospatial ditetapkan oleh Agensi Pembekal Data (APD) masing-masing. Walau bagaimanapun, melalui Program MyGDI, Surat Pekeliling Pelaksanaan MyGDI Bilangan 1 Tahun 2005 bertajuk Garis Panduan Penentuan Harga dan Penyebaran Data Geospatial diterbitkan sebagai rujukan APD dalam penentuan harga data geospatial

Pagination