Skip to main content
  • Apa itu GDC?

    • Pusat Data Geospatial (Geospatial Data Centre) merupakan komponen utama framework data di dalam pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI). Penyediaan dan penyelengaraan data GDC ditempatkan secara berpusat mengikut kategori data secara seamless serta mematuhi standard yang ditetapkan.

  • Apa itu map service?

    Map service merupakan perkhidmatan peta web yang memaparkan data atau maklumat geografi dalam beberapa lapisan imej peta melalui Internet. Map service menggunakan dataset geografi yang juga terdiri daripada gabungan data dan parameter yang berbeza-beza untuk menentukan dan memaparkan imej peta yang lebih dinamik, interaktif dan pintar.

  • Apa itu MyGDI Explorer?

    MyGDI Explorer merupakan aplikasi yang menyediakan katalog mengenai maklumat geospatial Negara. Aplikasi ini membolehkan pengguna membuat carian, paparan, semakan, perkongsian dan pengurusan metadata maklumat geospatial.

  • Apa itu MyGeo Data Services?

    MyGeo Data Services adalah sebuah aplikasi yang menyediakan maklumat berdasarkan 12 kategori data asas geospatial yang dikongsikan dan disediakan oleh agensi kepada agensi Kerajaan yang lain atau Government to Government (G2G) melalui map services yang selamat dengan menggunakan persekitaran yang disediakan oleh Kerajaan.

  • Apakah bentuk lawatan yang diterima oleh PGN?

    • PGN menerima lawatan kerja, lawatan teknikal, kunjungan hormat dan lawatan sambil belajar daripada agensi antarabangsa, agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta serta institusi pengajian tinggi.

  • Apakah garis panduan penulisan yang digunakan untuk penghantaran artikel BGSA?

    Secara ringkas, garis panduan penulisan untuk penghantaran artikel BGSA adalah seperti berikut:

    1. Ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

    2. Mempunyai abstrak dan ditulis dengan huruf condong (italic).

    3. Format penulisan adalah seperti berikut:

    • Jenis huruf (font) : Arial
    • Saiz huruf bagi tajuk : 12
    • Saiz huruf : 10
    • Langkau (spacing) : Single
    • Margin : Atas, bawah, kiri dan kanan - 2.5cm
    • Justifikasi teks : Kiri
    • Columns : One column per paget
    • Lajur (column) : Satu lajur setiap muka surat

    4. Artikel dihantar dalam bentuk softcopy dalam format Microsoft Word.

    5. Semua imej dan grafik hendaklah dibekalkan dalam format .tif atau .jpg dengan resolusi tidak kurang daripad 150 d.p.i.

  • Apakah itu Buletin Geospatial Sektor Awam (BGSA)?

    • Buletin Geospatial Sektor Awam atau akronimnya BGSA ialah buletin yang diterbitkan oleh Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
    • BGSA berperanan sebagai media hebahan berkaitan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun di bawah Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI).

  • Apakah itu UPI?

    • Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah – Unique Parcel Identifier (UPI) merupakan satu kaedah mengenal pasti lokasi petak tanah yang mengandungi satu siri nombor unik untuk negeri, bahagian/daerah, mukim/bandar/pekan, seksyen dan nombor lot.

  • Apakah jenis artikel yang boleh disumbangkan kepada Sekretariat BGSA?

    • Artikel yang boleh disumbangkan kepada Sekretariat BGSA ialah artikel atau laporan bergambar berkaitan perkembangan serta aktiviti-aktiviti geospatial yang berlaku di agensi kerajaan, badan berkanun dan institusi pengajian tinggi.

  • Apakah Metadata?

    ">

    • Metadata adalah 'data mengenai data'. Ia adalah maklumat yang menerangkan mengenai data/ maklumat/ perkhidmatan sesuatu produk. Ia merangkumi kesemua persoalan seperti siapa, apa, bila, dimana, kenapa dan bagaimana mengenai produk tersebut.Metadata adalah sebagai penyampai maklumat mengenai sesuatu produk/perkhidmatan.

  • Apakah MS1759?

    MS1759 merupakan kaedah pengekodan fitur dan atribut yang memudahkan penstrukturan maklumat geospatial. Maklumat geospatial yang disimpan secara berstruktur dan seragam akan memastikan perkongsian menjadi lancar dan teratur.

    • Sebagai contoh: Kod Fitur TA0060 merujuk kepada fitur JALAN. Oleh itu, agensi yang ingin berkongsi/menyimpan maklumat geospatial akan menggunakan kod fitur yang sama iaitu TA0060 yang merujuk kepada fitur JALAN.

  • Apakah Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) dan Gazetir Kebangsaan dan MyGeoName?

    • Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) merupakan merupakan bank data yang menyimpan nama, lokasi, sejarah dan entiti nama geografi yang telah disahkan dalam format yang tekal untuk kegunaan rasmi kerajaan dan awam. Gazetir pula, merupakan indeks yg menyenaraikan nama-nama geografi yang terdapat di dalam PDNG.
    • Keseluruhan pangkalan data ini dipaparkan kepada pengguna secara atas talian melalui Aplikasi MyGeoName. Pengguna juga boleh memuat turun dokumen gazetir melalui aplikasi MyGeoName.

  • Apakah perkhidmatan infrastruktur ICT GIS yang disediakan kepada agensi kerajaan?

    • Perkhidmatan infrastruktur ICT GIS yang disediakan ialah cloud MyGDI yang merangkumi Platform as A Service (PaaS) seperti pangkalan data bersepadu dan Software as A Service (SaaS) seperti aplikasi MyGOS.

Pagination