GIS vs Geospatial. Apa perbezaannya?
Sistem maklumat geografi (GIS) adalah sistem komputer untuk mengumpul, menyimpan, menyemak dan memproses serta memaparkan data yang berkaitan dengan kedudukan di permukaan bumi. GIS boleh menunjukkan pelbagai jenis data dalam satu paparan peta untuk melihat, menganalisis dan memahami corak dan hubungan sesuatu data.
Data geospatial, GIS atau geodata mempunyai maklumat kedudukan geografi yang jelas seperti rangkaian jalan dari GIS atau imej satelit. Data geospatial juga adalah terdiri daripada atribut data yang menerangkan ciri-ciri yang terdapat dalam dataset tersebut. Terdapat dua jenis data geospatial iaitu data vektor dan data raster.