Di bawah program MyGDI, PGN sebagai penyelaras komited untuk membantu pelbagai agensi kerajaan membangunkan aplikasi GIS yang dapat membantu mereka dalam pengurusan maklumat geospatial. Selaras dengan objektif pelaksanaan MyGDI untuk mempromosikan perkongsian maklumat geospatial di kalangan agensi kerajaan dan mempercepatkan proses membuat keputusan ke arah Spatially Enabled Government.
Inisiatif MyGDI merupakan hab perkongsian data geospatial secara dinamik merentasi agensi sektor awam, badan bukan kerajaan, akademia dan rakyat.
Aplikasi yang memudahcara perkongsian data geospatial

Katalog Metadata (MyGDI Explorer)
Aplikasi ini membenarkan pengguna untuk membuat carian berkaitan data/maklumat berkaitan geospatial.
Baca Lagi
Berkolaborasi dan Berkongsi Maklumat Geospatial(MyGOS)
Aplikasi ini merupakan platform untuk menggalakkan perkongsian maklumat geospatial di antara pelbagai agensi atau organisasi.
Baca Lagi
MyGeotranslator
Membantu dan memudahkan agensi pembekal data mengguna pakai standard data geospatial yang telah dibangunkan oleh PGN.
Baca Lagi
MyGeo Data Services
MyGeo Data Services menyediakan antaramuka untuk capaian data-data yang boleh dikongsi di antara Agensi Kerajaan dengan Agensi Kerajaan (G2G).
Baca LagiAplikasi rujukan data GDC dan standard

Carian Nama Geografi (MyGeoName)
MyGeoName merupakan pangkalan data yang menyimpan nama geografi, lokasi, sejarah dan notifikasi gazetir yang sah.
Baca Lagi
Carian Kod dan Nama Pengurusan Tanah(UPI)
Bagi penyelarasan Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah (Unique Parcel Identifier - UPI) seperti Negeri, Daerah, Mukim/Bandar/Pekan dan Seksyen.
Baca Lagi
Carian Kod Fitur dan Atribut (MS 1759)
MS1759 merupakan satu kaedah pengekodan butiran dan atribut serta menyediakan penerangan berkaitan maklumat geospatial.
Baca LagiInisiatif Kebangsaan bertujuan untuk mengurangkan pertindihan pengutipan maklumat geospatial dan menyelaras maklumat geospatial agensi kerajaan bagi memastikan maklumat dikongsi dari satu sumber yang sama dan seamless.